InsyaAllah... esok (22 Ogos 2009).... semua umat Islam di muka bumi ini akan menyambut kedatangan Ramadhan al-Mubarak 1430H....... kedatangan Ramadhan kali ini semesti nya di nanti-nantikan.... pelbagai dugaan dan cabaran yang kita alami akhir-akhir ini (seperti H1N1, La-Nina, El-Nino dan pelbagai lagi), diharap Ramadhan dapat memberikan seribu satu kerahmatan dari Allah ke atas makluk-makluk ciptaan Nya.....
Dia (Allah) lagi Maha Mengetahui apa yang direncana oleh Nya... setiap musibah yang melanda, mesti ada penyelesaiannya..... kita sebagai hamba Nya, harus berfikiran positif menangani setiap masalah yang berlaku ke atas umat manusia am nya.... justeru itu, sebagai umat Isla, kita tidak harus putus asa dalam menyelamatkan nyawa-nyawa insan yang lemah.... kita harus memohon pertolongan dari Allah supaya kita terselamat dari setiap bala yang menimpa.... berdoa kepada pencipta (Allah) adalah senjata mukmin yang berkesan... tetapi berdoa saja tidak cukup kalau tiada pencegahan serta ikhtiar... kita kena selari dengan apa yang kita mohon kepada Nya....
oleh itu.... diharap Ramadhan kali ini... memberikan makna dan tafsiran yang jelas kepada umat manusia sejagat untuk berfikir dan mengingati Dia sebagai Pencipta yang Maha Agung walau pun hanya sesaat.... kepada mereka yang tidak sempat merasai nikmat Ramadhan kali ini, Al-Fatihah dilafazkan..... dan kepada mereka yang akan menikmati Ramadhan 1430H esok.... sama-sama kita mempersiapkan diri untuk menunaikan ibadah rukun Islam yang ke-3 ini dengan seikhlas hati.... perbanyakan ibadah dan jauhi selaga larangan Nya.... InsyaAllah....
Selamat Berpuasa dari....
MM Firdaus
Ahlan Wasahlan... Ya Ramahdan
Posted by MM Firdaus at 3:07 PTG 0 comments
Senarai Pemain Badminton di Kejohanan Dunia 2009
KEJOHANAN DUNIA YONEX SUNRISE 2009
TARIKH: 10 - 16 OGOS 2009
TEMPAT: GOWCHI BOWLI, HYDERABAD, ANDRA PRADESH, INDIA
Posted by MM Firdaus at 10:39 PG 0 comments
Man Utd Asia Tour 2009 - Syabas Malaysia

Man Utd Asia Tour 2009 yang telah menemukan atara pasukan pilihan Malaysia pada Julai 18, 2009 bertempat di Stadium Bukit Jalil.... kebanjiran penyokong kedua-dua pasukan tersebut telah memberikan inpah yang besar dalam sukan bola sepak di negara ini.... Hampir semua tempat duduk di Stadium Bukit Jalil dipenuhi oleh para penyokong.... Rata-rata yang hadir pada malam tersebut tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan bintang-bintang dari gergasi Eropah beraksi menentang pasukan kebangsaan Malaysia...
Sejak menjejaki kaki di bumi Malaysia lagi, para penyokong Man Utd berpusu-pusu mendapatkan autograf bintang-bintang dari kelab Inggeris tersebut... W. Rooney, R. Ferdinand, E.Van Der Sar, R. Giggs, D. Berbatov, P. Scholes, Nani, P. Evra antara yang mendapat tumpuan para peminat tempatan... antara pemain yang lain juga mendapat perhatian adalah pemain muda yang meningkat naik iaitu Macheda, J. Evant serta pemain-pemain yang baru dibeli oleh Man Utd iaitu M. Owen.... Walau bagaimana pun, ketiadaan pemain antarabangsa Korea Selatan (P. J Sung) tidak menghampakan peminat-peminat Man Utd di Malaysia....
Perlawanan Malaysia vs Man Utd (Julai 18, 2009) jelas menunjukan prestasi pemain-pemain Malaysia begitu bersungguh-sungguh menghadapi lawan yang begitu sukar untuk dicabar.... Jika 5 tahun yang dulu, Malaysia tewas dalam jaringan yang besar (0-6) kepada Man Utd.... Namun kali ini anak didik Raja Gopal tidak mengalah mengekang asakan dari pemain-pemain terbaik pasukan Man Utd.... Hasilnya setelah tamat 90 minit perlawanan, Malaysia 2 (Amri Yahya 45', 54') -3 Man Utd (Rooney 9' , Nani 27', Owen 85')... Gol-gol yang dijaringkan oleh Amri Yahya harus diberi pujian kerana beliau berjaya memperdayakan penjaga gawang Man Utd dengan mudah... Namun jaringan lewat perlawanan oleh Owen telah memberikan memenangan kepada Man Utd.... Namun kegigihan dan kesungguhan yang ditunjukan oleh anak buah Raja Gopal ini harus diberi pujian dan sokongan agar mereka meneruskan rentak persembahan permaianan yang lebih baik pada masa-masa akan datang.... Bukan hanya tertumpu pada perlawanan dengan Man Utd sahaja... malah yang lebih utama adalah perlawanan di sekitar Asia Tenggara ini harus dititik beratkan.....
Jadual perlawanan Man Utd terpaksa dibatalkan untuk bertemu pasukan Indonesia... Ini ekoran letupan yang terjadi di hotel tempat penginapan yang akan mereka diami di Indonesia nanti... Sehubungan dengan itu, pihak penganjur telah membatalkan perlawanan antara Man Utd vs Indonesia atas sebab-sebab keselamatan..... Sebagai ganti, pihak penganjur telah bersetuju untuk mengadakan perlawanan persahabatan antara Malaysia vs Man Utd pada Julai 20, 2009.. Ini memberikan berita gembira kepada para penyokong Man Utd.... 2 pertemuan dalam masa 2 hari selepas Malaysia tewas kepada Man Utd..... Ini amat bermakna kepada seluruh pemain-pemain Malaysia... Walaupun dilanda keletihan.... Namun dalam diri masing-masing tetap ada keyakinan untuk menentang Man Utd untuk kali ke dua....
Pertemuan kali ke dua... Jelas memihak kepada Man Utd.... Man Utd berjaya mengatasi Malaysia dengan jaringan 2-0 hasil jariangan Macheda 10' dan Owen 12'.... Kekalahan ini tidak memalukan pasukan Malaysia.... Ini kerana, pada babak kedua.... Aksi-aksi yang ditunjukan oleh pasukan Malaysia jelas berbeza sekali jika dibandingkan pada separuh masa pertama.... Beberapa percubaan yang menarik telah dipamerkan oleh pasukan Malaysia... Namun ketumpulan jentera serangan masih perlu diperbaiki lagi..... Walaubagaimanapun.... Rata-rata penonton terhibur dengan corok permainan kedua-dua pasukan tersebut.... Sekalung tahniah buat pasukan Malaysia yang berjaya memberikan tentangan hebat kepada pasukan Man Utd....
Berikut merupakan aksi-aksi semasa perlawanan M'sia vs Man Utd....
Selasa, 21 Julai 2009
Posted by MM Firdaus at 11:58 PG 0 comments
Malaysia vs MU
Berikut adalah senarai penuh 28 pemain yang diumumkan oleh FAM bagi perlawanan Malaysia vs MU.
Ketua Jurulatih: K. Rajagopal.
Perlis
1) Mohd Farizal Bin Marlias
2) Mazlizam Bin Mohamad
3) Amar Bin Rohidan
Kedah
4) Baddrol Bin Bakthiar
5) Mohd Kyril Muhymeen Bin Zambri
6) Mat Sabre Bin Mat Abu
7) V. Thirumurugan
Selangor
8) Mohd Amri Yahyah
9) Mohd Amirulhadi Bin Zainal
10) Mohd Asraruddin Putra Bin Omar
Kelantan
11) Indraputra Mahayuddin
PLUS FC
12) Norhafiz Zamani Misbah
13) Mohd Safiq Rahim
Negeri Sembilan
14) Mohd Aidil Zafuan Abd Razak
15) Mohd Zaquan Abd Razak
16) Kunalan a/l Subramaniam
Terengganu
17) Mohd Sharbinee Allawee Bin Ramli
MyTeam
18) Mohd Bunyamin Umar
19) Mohd Azmi Bin Muslim
20) Norshahrul Idlan Talaha
21) Stanley Bernard
22) Syed Adney
Harimau Muda
23) Mohd Muslim Bin Ahmad
24) K.Gurusamy Govandar
25) Ahmad Shakir Bin Mohd Ali
Kuala Muda NAZA
26) Farderin Bin Kadir
Shahzan Muda
27) Mahathevan Gengatharan
Felda United
28) Kamarul Afiq Bin Kamaruddin
Sumber2 pemain berikut di perolehi dari FAM. Diharap pemain2 ini mampu mengempur barisan ternama MU... Sume penyokong kedua-dua pasukan dijemput memeriahkan perlawanan yang menarik bertempat di Stadium Bukit Jalil pada 18 Julai 2009.
Jumaat, 17 Julai 2009
Posted by MM Firdaus at 3:10 PTG 0 comments
hantaran pertunangan 26 jun 2009
Salam kepada sume.....
Tanggal 26 Jun 2009.... telah berlangsungnya suatu upacara pertunangan antara
saya (MM Firdaus) dengan Noor Syakirah Zakaria.....
ucapacara yang diadakan secara sederhana ini telah diadakan di rumah ZN Syakirah selepad
selesai menunaikan solat Jumaat.....
Walaupun majlis ini diadakan secara sederhana tetapi ia tetap meriah.... dan mengikut seperti yang dirancangkan....
Buat ZN Syakirah, ketiadaan MM Firdaus pada majlis tersebut tidak mendjadi halangan untuk majlis tersebut dijalankan..... ini kerana, MM Firdaus berada di luar lokasi.... hehehe
coz xdapat nak balik time tue..... (tiket flight mahal).... ;-)
tapi sesetengah orang kata..... kalau bertunang..... lelaki x ikut pun xpa....... just kira macam adat larr..... hehehe..... tapi.. klu dapat ikut time tue lagi bagus.... hehehe....
per2 pun... ucapan jutaan terima kasih MM Firdaus kepada Maksu, Paksu, Anak2 (akak hidayah, adik, abby n atikah) serta rombongan meminang yang telah banyak memberikan pertolongan/bantuan bagi menjayakan majlis pertunangan tempoh hari...... jasa anda semua tidak MM Firdaus lupakan..... sori.... coz tetiba jer nak wat persedia hantaran ke majlis nie dalam masa yang begitu singkat.... rasa nya, ini di luar jangkaan untuk bagi sumer pihak......
kepada ummi n abah.... wai nak ucapakan terima kasih banyak2 coz support wai tuk wat majlis pertunangan ini.... xper.... kali ini kita terpaksa guna kan orang tengah untuk setel kan majlis itu.... dan yang penting sumer dah selamat dilaksanakan.... wai minta maaf banyak2 ngan umi n abah tuk kali nie..... wai terpaksa berkeras untuk jalankan juga majlis pertunangan pada masa yang wai tetapkan sendiri... walaupun pada ketika itu kita sume satu family dilanda dugaan.... bukan yang pentingkan diri sendiri.... tapi nie adalah peluang yang wai ada pada ketika itu... I'm very2 sory Ummi n Abah.. dan InsyaAllah... untuk majlis pernikahan wai n Irah nanti.... wai akan turut sume kehendak semua orang.... supaya semua berpuas hati pada masa tue....
bagi keluarga Zakaria n Na'aimah... Firdaus mintak maaf coz xdapat hadir pada majlis pertunangan tersebut.... dan Firdaus mewakili Ummi n Abah, mohon jutaan kemaafan kerana hanya mampu untuk menghatar wakil sahaja pada hari pertunangan itu.... dan InsyaAllah.... di lain waktu.... sume nyer akan bertemu juga nanti....
buat ZN Syakirah (tunang ku yang di sayangi)...... thanks a lot.... coz sanggup bertungkus lumus buat persediaan untuk majlis pertunangan kita..... abg tau sume tue bukan mudah untuk beberapa hari saja...... sanggup kehulu kehilir semata2 untuk siapkan sumer barang2 hantaran dan wat persedian..... walaupun ringkas... ia amat bermakna bagi kita..... dan InsyaAllah..... kesusahan yang kita lalui hari ini... akan menjadi kesenangan untuk kita di masa akan datang..... Amiinn....
dibawah merupakan beberapa barang hantaran yang telah diberikan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan.... daripada pihak lelaki... bertemakan warna hijau..... sebanyak 5 hantaran telah di berikan kepada pihak perempuan......

sekali lagi.... terima ksiah banyak2 kepada semua yang terlibat di dalam majlis pertunangan tersebut...... jumpa di majlis pernikahan nanti yaaa... hehehe
p/s: nanti kalau ada pic2 yang lain di majlis pertunangan.. saya update balik k.....
Sabtu, 11 Julai 2009
Posted by MM Firdaus at 2:11 PG 0 comments
Antara kawan, couple, tunang dan kahwin
emmm.... sukar tuk aku jelaskan bagaimana harus aku lalui sume ni klu tanpa kawan2 di sekeliling.... kawan2 juga memberikan kita sentiasa hepi n bergelak ketawa... kadang2 kawan2 juga buat kita rasa mual, jengkel, meluat dan sebagai nya.... itu lar kawan..... kawan bleh d dapati di mana2.... dengan pandai berkomunikasi... mudah kita untuk mendapat kawan... sekarang dunia semakin canggih.... tidak perlu tuk lepak d kedai kopi tuk dapat kan seorg kawan.... lani.. dgn adanya ruang cyber... kita bleh dapat kawan d mn2 saja.... kawan tanpa sempadan.... mudah kan tuk dapat kawan.. hilang sorang pun xper.... ader lagi kawan2 yg lain tuk kita bleh borak2 n lepak2... per2 kerana kawan juga kita bleh sesat.... ader org cakap.. klu kita berkawan ngan org yang jual minyak wangi kita pun akan wangi.... klu berkawan ngan org2 alim.. kta pun bleh jd alim gak... tapi klu kita kawan ngan mat rempit.... mgkin kita pun ikut rempit.. per pun pandai2 lar pilih kawan... kawan yang d inginkan sumer org merupakan kawan d masa kita susah n senang.... kebnyakan nye kawan d masa senang jer yg kta mudah nampak.... saper yg nak susah kan!... tapi tue lar... lumrah hidup.... xsume org nak susah... walaupun dlam susah itu ada senang nyer suatu ari nnti.... InsyaAllah...
bila dah berkawan.... mesti ader yg teristimewa dalam berkawan... tul x?... emm bagi aku.. aku akui sumer tue berlaku pada diri aku... dan aku lalui sehingga saat ini.... dlu kami kawan biasa... kawan masa sekolah lagi.... lama gak tue.... kami slalu bertukar2 surat... n ader kol gak sesekali... masa tue.. mana mmpu nak bli handphone... phone masa tue sume besar2 mcm... bleh wat baling org... hahaha... per2 pun saat tue kami kawan... bagi aku dia kawan yg teramat istimewa... dan aku rasa aku nak jd kan dia sebagai couple aku.. lama aku pendam hasrat tue.... akhir nyer... Allah Maha Besar.... akhir nyer kami jelas bercouple sekarang n sehingga saat ini... Alhamdullilah.. syukur sngt2.... couple suatu masa yang sangt indah bagi aku.... betul org cakap... masa couple ini lah kta kenal sumer tabiat pasangan masing2... baik buruk pasangan masing2 d telan dengan enak nyer..... per yg paling best masa ini.... bagi aku n dia.... aku hepi bila bersama dia.... dia hadir tepat pada masa aku dlm kesusahan..... dan dia pendorong dalam hidup aku.... aku ingin bersama nya sehingga aku menutup mata pada tiduk aku yg terakhir.... sayang sangt2 kat dia.... susah payah, suka duka, gelak tangis kami lalui bersama.. per yg best.. aku boleh berbincang sesuatu topik ngan dia tanpa segan silu.... cakap saja per yg perlu d bual kan... mesti akan ada idea yg bernas.... kadang2 pendapat xsama... tapi tue lumrah lar... pandangan msing2... bagus tuk menjana pemikiran... aku bahagia bersama dia d saat ini.... masa couple merupakan waktu yang snagt indah dan bagi aku... aku akan jaga hubungan ini sehingga keperingkat tertinggi... kerana aaku teramat sayang kan dia.. dia penyeri hidup aku....
tunang.... satu kaki berada pada landasan yang betul..... walaupun ia tepat pada landasan nya...
tapi perjalanan nya berliku... kadang2 jalan itu curam.... kadang2 jalan itu lengang tanpa d ganggu apa2 pun.... masa ini... bnyk pancaroba yg perlu d pertahan kan.... jangan biar kan hubungan seorang kawan dan couple di ganggu dengan mudah nye.... aku benci sume yg dtg mengganggu hubungan suci ini... tunang merupakan ikatan persetujuan atara kedua2 pihak (lelaki n perempuan)... ia boleh d sama kan mcam memeterai MoU... hehehe... sebentuk cincin akan d bagikan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan tanda pihak lelaki betul2 serius untuk menjadikan perempuan itu sebagai isteri nya suatu hari nnti.... aku akan lakukan perkara yang sama pada si dia suatu hari nnti.... InsyaAllah.... dan aku sekarang nie ngah merencana bagaimana harus aku bertunangan dengan dia... alangkah indah hidup aku jika sume rancangan aku ini berhasil... aku hanya selangkah lagi ke alam perkahwinan....
"Ya Allah, aku mohon pada Mu... sesungguhnya Engkau Maha mengetahui apa yg terjadi di langit dan d bumi..... Maha Suci Allah sekelian alam... aku hamba Mu yg kerdil... aku mohon pada Mu.. agar Engkau satukan aku dan dia yg ku kasihi kerana Mu ya Allah... aku mohon pada Mu agar di jauh kan aku dan dia dari segala bentuk kemaksiatan yang Engkau murkai... Ya Allah... aku mohon pada Mu, agar Engkau redhai hubungan aku dan dia... aku amat menyayangi dia dan aku sedia terima baik dan buruk dia sebagai amanah dari Mu ya Allah...Sesungguh nya Engkau Maha mengetahui dan Maha Penyayang".... amin...
saat indah bagi sume manusia bila saat perkahwinan bakal menjelang... saat sume persiapan telah d lakukan dngan rapi.... bakal suami sibuk dengan hantaran nyer tuk d bagi kan pada pihak isteri nyer... dan bakal isteri pula sibuk ngan memantapkan diri sebelum menjelang perkahwinan... masing2 bakal suami isteri sibuk bershopping tuk memastikan sume nyer berjalan dngan lancar.... ader yg tempah pelamin, ader yg tempah pakaian pengantin.. ader juga yg tempah jurugambar untuk d hari persandingan nnti... emm... dengan akad yang sah.... maka bakal perempuan tadi sah menjadi ratu bagi suami nye... keadaan masa tue jelas terasa girang... linangan air mata syukur isteri sudah cukup untuk mengambarkan kegembiraan nya pada masa itu.. ini lah yg di katakan jodoh.... perkenalan bertahun2 lama nya tebalas dengan suatu lafaz akad yang sempurna... dia.... akan aku jadikan dia isteri yg sah suatu hari kelak.... janji aku pada dia... akan aku pelihara dia sebaik mungkin selagi nyawa yg aku dokong ini melekat di segenap pelusuk tubuh aku.... dia... susah senang kita lalui bersama.... InsyaAllah.... aku sentiasa memanjatkan doa pada Allah agar aku dan dia di jodohkan seperti Adam dan Hawa.. sejauh mana pun melangkah... ketemu juga kita akhir nya.... kawin mmang idah sekali.... ader yang kawin sekali seumur hidup nya... ada juga yang berkali2 melangsungkan perkahwinan nya..... bagi aku.. cukup hanya sekali.... aku sedar kemampuan aku.. dan aku sedar tiada sesiapa pun yg dapat menyerupai dia dalam hidup aku... dan tiada sesiapa yg dapat ganti dia dlam hati aku.... dalam kamus hidup aku hanya ada dia.... dia amat bermakna bagi aku.... susah aku untuk mendapatkan nya... dan x semudah itu aku tinggal kan dia.....
itu lah sedikit sebanyk cerita mengenai "Antara kawan, couple, tunang dan kawin"....
dan dia yang aku maksud kan adalah insan yang bertakhta di sanubari aku....
Noor Syakirah Binti Zakaria
8309!5-**-56*!
buat dia... aku merindui mu....
Sabtu, 30 Mei 2009
Posted by MM Firdaus at 10:40 PTG 3 comments
Barca Juara ECC
sume sudah sedia maklum... Juara Piala Eropah yg berakhir pada 28 mei 2009 menjadi milik pasukan Barca.... kemenangan ini merupakan kemenangan yg bermakna bagi pemain2 Barca serta penyokong2 Barca...
Barca 2 (Eto'o 10'' n Messi 70'') - 0 Man Utd sudah memadai untuk menutup mulut rata2 penyokong MU...
ternyata jelas kekecewaan dapat di rasai oleh Sir Alex Ferguson :( yang begitu mengharapkan kemenangan pada malam tersebut.... impian untuk mengondol sekurang-kurang 5 piala d musim ini lenyap begitu sahaja.... ia cuma angan2 kosong sahaja.... MU hanya mampu meraih hanya 2 piala di peringkat domestik (juara liga & piala liga) serta piala antara benua... syabas MU.... cuba lagi musim depan yg mungki lebih mencabar.....
Barcalona.... kejayaan memenangi ECC pada musim ini meletakkan mereka muncul pasukan yang pertama dari sepanyol yang berjaya melakukan trible.... kemenangan 2 kejuaraan dalam liga domestik (juara liga sepanyol dan juara piala raja sepanyol) amat bermakna untuk Barca.... musuh terdekat (Real Madrid) yang memberikan saingan sengit pada peringkat liga tampak merudum pada d penghujung saingan liga....
sekalung tahniah terhadap pasukan Catalan ini...
semoga kejayaan ini d truskan pada musim akan datang....
Jumaat, 29 Mei 2009
Posted by MM Firdaus at 11:14 PTG 0 comments
MU vs BARCA
salam... mlm nie merupakan penentu kepada saingan Piala Juara-Juara Eropah.....
sume sudah sedia maklum....
perlawanan antara pasukan kelab dari England iaitu Man Utd akan bertemu sebuah kelab dari Sepanyol, Barcalona....
yang menarik nyer di sini, ke dua-dua kelab tersebut merupakan juara di dalam liga domestik...
syabas buat MU n Barca.....
pagi nie... kira2 jam 3pagi... sume peminat n penyokong kelab MU n Barca sudah tentu tidak akan melepaskan peluang keemasan ini... saya menjangka kan sebuah perlawanan yang amat sengit yang akan d pamirkan oleh kedua-dua pasukan tersebut.....
di sini saya sempat menemu bual antara penyokong-penyokong dari kelab MU n Baraca
penyokong MU dlu lah....
c BoBy:- sya... sya yakin bah MU akan mnang besar pg nnti.... Barca bukan kuat pon... just besa2 ja tue.....
c Aziem:- go MU... go MU..... kami ingt nak jmpa Liv d final ECC nie... coz... kami x puas ati sbb kalah 4-1 masa d Old Traford (a.k.a Farbiz).... tapi kira k gak lar jmpa Barca.... klu kmi jmpa Liv d final nie... mst kami kantol lagi.... per2 pun thanks Blues.... saya arap Barca tewas 1-0 mlm nie.... go MU... go MU...
itu lah antara beberapa penyokong fanatik MU.... yg mengharapkan MU meng malm nie... emmm... saya juga sempat temu bual ngan penyokong2 Barca.....
penyokong Barca:-
c MyYeee:- kawe sero lar... Barca bleh mene male nie.... MU tu masuk final pon nasib jo.... buke kuat sngt2 pon.... kawe nok Mesi sekor 2 butir jadi ahhh... gege tul puok2 tue..... kawe sero Barca mene 2-1 doh lar.... klu 4-1 tue.. malu lar kawe nok tngk.... hehehe.... (agak sinis tul)
c Azwaann Tendu:- emm... padiapa... aku klu bleh nak MU kalah.... kalah ngan begitu dasyat....
geram tul.... ayam2 jer dia masuk final kalah kan Arsenal... x puas ati btul aku.... Barca menag lak mlm ni... 3-1
c Amar Rosicki:-.. sawa dee kappp (bahasa siam)... chaihh... MU masuk final tu nasib ja... angpa tngk lar.... MU lawan ngan team cap ayam suma... patut lar depa dapat masuk final...
itu lah d antara penyokong2 fanatik dari kelab Catalan....
pe2 pun sekali lagi... saya menyeru kepada sumer pnyokong2 kelab MU n Barca.... teruskan perjuangan dalam merebut kejuaran yang terulung ini....
gud luck..... kita saksikan sapa yang akan bergelar Juara Eropah malam ini... tungguuu...
Khamis, 28 Mei 2009
Posted by MM Firdaus at 12:14 PG 0 comments
24 Mei 2009 - Happy Birthday Ummi
24 mei setiap tahun.. merupakan ulang tahun kelahiran Ummi...
pada tahun nie... Ummi menyambut ulang tahun yg ke 51.....
per yang bleh saya kata kan d sini...
ummi merupakan seorg wanita yg begitu tabah n cekal dalm mengharungi kehidupan nya.....
d kesempatan nie... saya nak ucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ummi yg ke 51.....
smoga umi d panjang kan umo n d murahkan rezki.....
I LOVE U SO MUCH UMMI...
Ahad, 24 Mei 2009
Posted by MM Firdaus at 9:41 PTG 0 comments
cerita April
salam sume....
dah lamer raser nyer x update story2 kat blog nie...
kan nyer per..... yer lar...
selama mnyepi nie... bnyk bnda dah berlaku...
bnyk bnda yg x bleh nak d jangk kan dlm hidup selagi bergelar seorng manusia....
per2 pn... syukur Alhamdulillah.... kerana Dia... aku still bleh ber karya dlm blog nie...
tuk ceritakan sesuatu yg xpenah aku lalui dlam sejarah hidup aku sndiri....
aper2 pun syukur pada Allah...
kisah nyer mcm nie.... 31 mac 2009...
abah aku telah kna tahan kat wad kecemasan.... x salah aku lar... jam 4 pg cam tue lar.. dia mintak nak g sepital.... dia rasa pedih sngt2 kat dada dia... so... aku n umi pun bawa lar abah ke QE.... smpi kat sana trus dia kna tahan dlm wat kecemasan.... huhhh... time tue aku n umi just tunggu d luar jer... coz doc x bagi masuk dlam lagi... biaser lar.... prosedur.... tapi yg cuak tue... tiba2 jer... ader lar 1 famili kuar nangis2.... ramai gak lar... dlm 10 org lebih ler... dari budk2 kecik sampai yg dewasa n tua.... sian sngt tngk diorg tue... aku n umi tngk jer diorg tue... kuar masuk dlm wad kecmasan tue... tiba2... dtg van jenazah.... huhhh.... seram beb.... dpan mata aku n umi bnda2 cam tue berlaku... dah lar abah dlm wad tue... kitaorg just b'doa jer tuk keselamatan abh time tue.... bila jer jenazah n famili tue jln... tiba2... nurse panggil... "sapa waris Mazulkepli"... per lagi aku n umi trus jmp nurse tue.... dia ajak kami masuk dlm wad tue... terkejut gak lar tgk abh time tue.... diorg pasang mesin pernfasan kat abah.... coz abh dah xbleh nak nafas cam biasa....
time tue.... aku n umi... x terkata per2 lagi..... trima jer per2 keadaan....
emmm... lama gak dlm wad kecemasan tue.... kira2 jam 9 pg... bru diorg kuarkan abah ke wad lelaki.... coz time tu abh macam dah stabil sket.... tapi bila kat wad lelaki tue.... satu lagi dugaan yg berlaku... tiba2 abah jd macam xbleh nak control diri... dia meronta2.... dia kata sakit kat dada... ramai nurse n doc try tenangkan abah time tue... tapi... xdapat kawal gak... so per lagi... diorg ikat tgn n kaki abh kat katil... diorg nak suntik ubah pelali.... masa tue lar.... tiba2 abah terdiam seketika.... ntah ler per yg berlaku sbnr nyer.... aku time tue tgnk jer per yg nurse n doc wat.... umi time stat baca Yasin.... aku tgk umi baca Yasin pun macam sebak sngt2.... emm... xper... aku fhm situasi masa tue.... bila abah dah terbaring kat katil tue.... ader sorg doc pompuan melyu panggil waris abah... so aku g ngan umi jumpa doc tue... doc tue cakap.." makcik... makcik kna sabar per yg sya nak cakap nie... sbnarnyer tadi... psakit tue dah mati... jntung dia dah stop beberapa minit tadi.... kami usaha tuk hidup kan dia balik.... arap makcik bersabar k..." aku tngk umi time tue... dah xbleh nak wat per2 lagi.... sdih tngk dia time tue.... tapi kitaorg pasrah jer ngan takdir..... doc tue ader cakap lagi kat umi.. "makcik... kandungan asid dalam bdn pesakit terlalu tinggi... harapan tuk dia hidup tipis sngt2.... klu mkck setju kami nak wat pembedahan tuk kurang kan asid dlm bdn.... tapi pluang tuk hidup still 0%...." emm umi cakap kat doc tue..."doc.. doc wat lar per2 yg ptut".... pastu umi kuar.... tinggal aku sorg2 dlm wad tue... umi kuar kan per... umi x sanggup tngk keadaan abah time tue.... emm doc dtg bagi 1 borang tuk waris isikan... so aku isi jer lar form tue.... tue prosedur biasa sebelm pembedhan dia buat....diorg nak ambik persetujuan waris... coz klu per2 berlaku... itu kira tanggujwb waris lar... so... aku just sign jer form tue.... coz umi bg kepercayaan kat aku time.... umi cakap.. "y... y wat jer per2 yg patut... klu kna sign... y sign jer"... so aku sign jer form tue.... bila dah sign.... doc trus wat opration... kat wad tue gak diorg bedah masukan tiup kat peha abah.... huhhh... aku tgk sndiri oprtion tue... cuak ooo.... rs kita lak yg kna bedah.. hehehe
pas bedah tue.... abah dlm keadaan koma.... stat dari jntung dia stop dlm kul 12 tnghari tadi... smpi mlm dia xsedar... ramai gak yg dtg melawat masa tue... sedara2, kawan2 umi n kawan2 aku, jiran n ramai lar yg datg.... ms tue.. keadaan jd sentimental sngt2.... sedih pun ada... sebak pun ada.... emm... yg penat tue... nak cerita satu2 kat tetamu yg dtg tue.... kna cerita satu-satu.... huhuhuhu... tapi aku ucapkan Jutaan trima kasih lar coz datang melawat masa tue... yer lar kater org... time nie kiter susah... sok lusa org lain lak susah... sapa bleh jangka bnda2 mcm nie berlaku.... malam tue... adik aku yg dok lahad datu pun sampai.... dia sampai pun dah magrib.... so aku tngk dia masa tue.. dah sebak2... aku xbleh tngk lar org sebak2 nie... sat lagi aku pun sebak gak.. hehehe... bila magrib... aku suh adik aku n umi jaga jap... coz aku nak balik mandi n tukr baju.... nnti mlm aku dtg ngan irah jaga abah.... so.... mlm tue... aku dtg balik ke sepital ngan irah... aku suh adik aku bw umi balik rahat dlu kat umah... sian tngk umi time tue... lemah sngt2 tngk umi.... yer lar... dari pagi sampai mlm... tahan sebak, tahan sedih... so adik aku bw umi balik lar.... aku bgtau umi... "ader per2 nnti y bgtau umi balik k"... time kol 10 mlm... aku ngan irah jg abh masa tue.....
so.... kami jg abah lar mlm tue.... mmg boring gak lar time tue.... coz xder t.v... yg ader katil2 pesakit jer.... emmm... tiba2 ader lak makcik dtg smbg ngan irah... ntah per diorg sembg pun aku xtau larr... heheh aku biar kan jer.... emmm... irah pnggil aku... so dok jer dgr makck tue smbag... huhuu... per bhasa dia pakai pun aku x paham... heheheh.. biasa lar.... dia cakap kadazan... mn lar kami tau... emm.... dah jd aym ngan itik lar plak.... xsure lar... sapa ayam n sapa itik... hahahaha...
emmm... dlm kul 3 pg tue... aku tngk dahi abah dah mula ber peluh.... emm nie mgkin satu petanda yg dia mgkin ader hrapan tuk trus hidup.... aku just tngk jer per2 yg berlaku.... coz aku xtau nak wat per2....
sok pagi 1 april 2009.... jam 7 pg.... doc wat pemeriksaan.... doc goncang kan dada abah.. tiba2 abah buka mata.. rasa syukur sngt.... tapi kejap jer di buka mata.... masa tue.. aku sempat panggil "abah"... dia angguk jer.... pastu.. dia tutup mata.... em.... pas pada tue.... doc tempat kan abah dlm ICU.... so xramai yg bleh masuk bilik tue.... 1 april tue lar abg aku smpai dr kuching n adik aku pn sampai dr nilai... aku bw abg aku jmpa abah.... coz sblm nie... abah ader tny umi... bila abg nak balik (coz dah lama abah xjumpa ngan abg)... dlm ICU tue lar... abh dah mula sedar... kat ICU tu abah kna cuci darah (dialisis).... coz kata doc.. kidney abah dah rosak trus.... sebab tue lar... air dalam badan abah melimpah terkena paru2 n jantung..... so... abah kna dialsis tuk kurang kan asid dlm badan n buang air yg bertakung tue.... klu x... jantung n paru2 akan rosak.. bleh mnyebabkan sesak nafs n kematian......
so..... sepanjang april bnyk benda yg berlaku..... aku n umi.... naik turun sepital ari2 tul melawat abah...... akhir nyer abah d bnarkan kuar sepital... tapi abah kna wat dialisis seumur hidup.... 3 kali dalam seminggu abh kan cuci darah..... n.. aku redha ngan per yg telah di tulis.... ini mgkin jln hidup abah... tapi bnyk perkara yg aku dpt blajar sepanjag april hingga hari ini.... yg penting..... kita kna jg pemakanan kita..... jgn lari dari doc.... n kekal kan gaya hidup yg sihat.... itu kan ber makna tuk kita sumer....
nie hnya sebahagian jer yg dapat aku ceritakan......
tidak lar secara detail sngt..... per2 pun.....
hidup mesti d trus kan...
Khamis, 14 Mei 2009
Posted by MM Firdaus at 12:27 PTG 0 comments
31 Januari 2009 - Hari terakhir d BNS
emm.... 31 jan 2009 yg lalu merupakan hari yg terakhir aku berada di BNS (Boustead Naval Shipyard)... makner nyer.. stat 1 feb 2009... aku dah x der wat per2... malainkan...
tunggu n cari per2 job yg bleh cover....
klu dok umah jer.... msti mmbesar kan perut jer...
emm.... nie sket aku nak citer last day aku d' BNS...
last day aku d BNS sebnarnyer best giler....
kan per.... awal pagi lagi... pas perhimpunan pagi....
sume staf d jamu makan.... aku per lagi... melantak sampai x hingt dunia....
arrrrgghhh.... sendawaaaaaa pnjg.. hehehee..
knyang ler pagi tue.... hehehe....
emm.. jam 9 pagi....
abg mat (staf kapal PV) ajak gie naik kapal KD Pahang pagi tue...
perrgghh.. aku per lagi... jom saja.... maklum lar... last day nie....
aku pun ikut lar dia naik kapal pagi tue... lagi pun.. dok opis pun xder wat per2 gak..
bagus g naik kapal... hehehe... emmm... smpai jer d kapal... ader lak satu group nie.... dia nyer ketua nie pakai baju putih... tngk logo baju dia... logo Boustead.... rupa2 nyer dia nie... org Boustead dari lumut.... dia dtg sini bawa student2 navy training.... smpat lar aku smbang2 ngan dia jap pagi tue... kan per... yg bleh smbg tue bukan pasai pa... rupa2 nyer dia org kampung "chek".... pa lagi....... kluaq trus loghat utara... hehehe....
kebtulan lak pagi tue..... diorg nak wat training mcm ner nak wat temporary servise klu time kapal ngah blayar... time tue kapal ada kerosakan pada body... (macam ada lubang pad
a dinding kapal)... cam tue lar... hehehe.. tup2.... dia ajak aku joint diorg skali..
hehehe.. aku per lagi.. ikut jer.... lagi pun abg mat yg aku follow tadik suh joint diorg... jadi aku pun joint lar depa....
emm.... time nie yg best... coz... nie kira 1st time aku pegang alat yg diorg nak wat tampal pada kapal..... diorg gunakan snjata cam snapang n guna peluru hidup.... ader 2 jenis peluru diaorg akan guna
kan... 1 color merah (tuk wat tampalan d dalam air n atas air)... satu lagi color kuning (hny tuk atas air saja)....
emm... pic yg kat sblah tue.. pluru yg color kuning.... nie pas demo tembkan d jalankan... berdesing gak lar telinga klu x tutup....hehehe..... pic sebelah kanan lak... merupakan snjata yg di gunakan tuk tampal plate2.... tuk cover bocor... tue demo atas air....
em.... pic kat sebelah kiri skarang nie... sorang daripada student navy ngah try tuk wat tembakan pada plate2.... muncung senjata tue mesti dirapatkan pada permukaan plate n ia mesti kena rata... klu x... peluru x kan kuar.... so... tuk tembakan yg jarak jauh xbleh di lakukan ler.... coz... muncung tue kna rapat dlu baru bleh tembak.... emmm abis jer sume student2 navy tue training... aku d beri peluang tuk laku tembakan.... em
m... 4 butir peluru gak lar yg aku smpat abis kan.... time aku wat tembak kan tue.... plate tue berada dalam air.... so tembak jer.... sure air terpercik... basah ler aku ritu.. tapi xper... ari tue half day... so... pas tembak.. bleh balik trus.. hehehe... bukan ngular ekk... hehehe
emmm... pic kat sblh kanan tue merupakan hasil yg telah siap d tampal... tampalan tue merupakan semntara sahaja..... bila kapal dah sampai pangkalan.... baru lar wat pembaikan... nie merupakan langkah semntara selamat kan kapal semasa kapal berlayar.... so kira sempat lar kapal berlabuh n wat pembaikan nnti...
so... tuk ari tue jer..... aku rasa l.i kat situ klu lama lagi... msti ader bnda baru yg bleh aku blajar... yer lar..... kadng2 naik kapal... tngk cam ner kontraktor baiki kapal.....
secara tidak langsung.. ader bnda baru bleh aku daat dari sana..
klu x g kapal.... dok jer lar....... n wat bil2 yg diorg beli....
per2 pun... thanks kat BNS bagi peluang cam nie kat aku....
InsyaAllah..... arap2 dpt keje kat BNS suatu ari nnti....
per2 oun tmat sudah L.I d' Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd.....
Alhamdulillah.....
Selasa, 3 Februari 2009
Posted by MM Firdaus at 7:34 PTG 1 comments
i'm Pak Ngah
emmm..... tajuk nie cam pelik sket ekk....
kan per.... 6 januari 2009 ritu.....
adik aku selamat melahirkan anak yg 1st dia di hospital Likas...
Alhamdulillah..... syukur....
time tue aku ngah keja... tiba2 jer mak aku sms suh balik g hospital...
coz adik aku dah masuk dewan bersalin... hehehe
aku per lagi.... cargas.... balik g hospital....
hehehe... lagi pun... balik awal2 sket coz xder keje kat opis time tue...
hehhehe bukan ngular.... hehehe..... smpi sepital....
dia lom b'salin lagi.... emmm time tue.. adik ipar aku ondway dari lahad datu (LD).... dia on duty time tue.... emm.. so aku lar yg terpaksa tngk2 kan adik aku nie.....
yg aku cuak tue... kan per.... cam ner lar nak sambut baby nnti... coz aku mn biasa... hehehe....
emmm... aku lepak2 jap kat kedai makan... coz lapo lak pakcik.. hehehe... time makan tue.... mak aku cakap adik aku dah selamat b'salin.... hehehe.... yg sambut bby tue time tue... bapak aku.. hehehehe..... nasib bukan aku yg sambut.... cuak gak aku time tue.. hehehe
emm... nie pic anak buah "Pak Ngah".... mak ayah dia namakan dia Muhamad Haikal Hakimi..... nama haikal tue.... sebenar nyer... nenek dia yg nak letak kan... then... muhamad hakimi tue... mmg plan mak ayah dia nak namakan.... so... gabung kan jer jadi satu nama yg pnjang... hehehee.... emmm.. kira ok gak lar nama tue.....
emm... tue lar al kisah nyer..... sekarang nie... i'm Pak Ngah ler... hehehe... soon... giliran aku lak... hehehe InsyaAllah....
per2 pun... doakan yg terbaik tuk aku k...... yeeezaaarrrr....
Khamis, 29 Januari 2009
Posted by MM Firdaus at 2:57 PTG 1 comments
L.I d' Boustead
emm.... siang malam, pagi n ptang....
tup... tup....
dah masuk mggu yg ke-10 (akhir) aku d Boustead Naval Shipyard (BNS) ni...
31 nie last lar aku BNS..... ntah per lar aku nak polah pas nie....
arap2 ader keje lar kot... at least xder lar mnganggur lama2 kat umah...
emmm... sepnjang d BNS nie... aku sempat gak ambik beberapa pic tuk d kongsi bersama2 kawan2... pic2 nie d ambil time aku g melawat kapal (KD Pahang)....
perrgghhh.. kapal nie mmg best.... xsangka aku dpat naik kapal perang cam kapal nie...
emm... sebelum nie... aku penah lar naik KD Kedah n bot tempur CB 90... tapi tue time awal2 mggu L.i... xsempat lak nak ambik pic KD Kedah n CB 90 tue... per2 pun tue sumer pengalaman baru wat aku.... n satu lagi aku dah mula rasa minat tuk try masuk dlam bidang nie suatu ari nnti.... InsyaAllah.... per2 pun... thanks sumer yg support n galakan aku tuk wat L.I kat sni... terutama nya... bos BNS nie (En Mohd Fauzi).... walaupun aku bnyk abiskan msa d opis.... but... skali2 tuk ader gak bnda yang aku blaja d BNS nie... per2 pun.... arap2 bos trima lar aku tuk keje d BNS nnti... hehehehe...
emm nie maru
pakan pic2 yg aku smpat ambik time L.I d BNS....nie time angkat "oil sum" masuk ke dlam KD Pahang.... berat ooOO benda alah nie... harga dia boleh menyamai harga keta kancil.....

sebelah kanan tue..... engine room... kat situ tempat letak nyer oil sum tue....
Posted by MM Firdaus at 2:31 PTG 0 comments























