
Man Utd Asia Tour 2009 yang telah menemukan atara pasukan pilihan Malaysia pada Julai 18, 2009 bertempat di Stadium Bukit Jalil.... kebanjiran penyokong kedua-dua pasukan tersebut telah memberikan inpah yang besar dalam sukan bola sepak di negara ini.... Hampir semua tempat duduk di Stadium Bukit Jalil dipenuhi oleh para penyokong.... Rata-rata yang hadir pada malam tersebut tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan bintang-bintang dari gergasi Eropah beraksi menentang pasukan kebangsaan Malaysia...
Sejak menjejaki kaki di bumi Malaysia lagi, para penyokong Man Utd berpusu-pusu mendapatkan autograf bintang-bintang dari kelab Inggeris tersebut... W. Rooney, R. Ferdinand, E.Van Der Sar, R. Giggs, D. Berbatov, P. Scholes, Nani, P. Evra antara yang mendapat tumpuan para peminat tempatan... antara pemain yang lain juga mendapat perhatian adalah pemain muda yang meningkat naik iaitu Macheda, J. Evant serta pemain-pemain yang baru dibeli oleh Man Utd iaitu M. Owen.... Walau bagaimana pun, ketiadaan pemain antarabangsa Korea Selatan (P. J Sung) tidak menghampakan peminat-peminat Man Utd di Malaysia....
Perlawanan Malaysia vs Man Utd (Julai 18, 2009) jelas menunjukan prestasi pemain-pemain Malaysia begitu bersungguh-sungguh menghadapi lawan yang begitu sukar untuk dicabar.... Jika 5 tahun yang dulu, Malaysia tewas dalam jaringan yang besar (0-6) kepada Man Utd.... Namun kali ini anak didik Raja Gopal tidak mengalah mengekang asakan dari pemain-pemain terbaik pasukan Man Utd.... Hasilnya setelah tamat 90 minit perlawanan, Malaysia 2 (Amri Yahya 45', 54') -3 Man Utd (Rooney 9' , Nani 27', Owen 85')... Gol-gol yang dijaringkan oleh Amri Yahya harus diberi pujian kerana beliau berjaya memperdayakan penjaga gawang Man Utd dengan mudah... Namun jaringan lewat perlawanan oleh Owen telah memberikan memenangan kepada Man Utd.... Namun kegigihan dan kesungguhan yang ditunjukan oleh anak buah Raja Gopal ini harus diberi pujian dan sokongan agar mereka meneruskan rentak persembahan permaianan yang lebih baik pada masa-masa akan datang.... Bukan hanya tertumpu pada perlawanan dengan Man Utd sahaja... malah yang lebih utama adalah perlawanan di sekitar Asia Tenggara ini harus dititik beratkan.....
Jadual perlawanan Man Utd terpaksa dibatalkan untuk bertemu pasukan Indonesia... Ini ekoran letupan yang terjadi di hotel tempat penginapan yang akan mereka diami di Indonesia nanti... Sehubungan dengan itu, pihak penganjur telah membatalkan perlawanan antara Man Utd vs Indonesia atas sebab-sebab keselamatan..... Sebagai ganti, pihak penganjur telah bersetuju untuk mengadakan perlawanan persahabatan antara Malaysia vs Man Utd pada Julai 20, 2009.. Ini memberikan berita gembira kepada para penyokong Man Utd.... 2 pertemuan dalam masa 2 hari selepas Malaysia tewas kepada Man Utd..... Ini amat bermakna kepada seluruh pemain-pemain Malaysia... Walaupun dilanda keletihan.... Namun dalam diri masing-masing tetap ada keyakinan untuk menentang Man Utd untuk kali ke dua....
Pertemuan kali ke dua... Jelas memihak kepada Man Utd.... Man Utd berjaya mengatasi Malaysia dengan jaringan 2-0 hasil jariangan Macheda 10' dan Owen 12'.... Kekalahan ini tidak memalukan pasukan Malaysia.... Ini kerana, pada babak kedua.... Aksi-aksi yang ditunjukan oleh pasukan Malaysia jelas berbeza sekali jika dibandingkan pada separuh masa pertama.... Beberapa percubaan yang menarik telah dipamerkan oleh pasukan Malaysia... Namun ketumpulan jentera serangan masih perlu diperbaiki lagi..... Walaubagaimanapun.... Rata-rata penonton terhibur dengan corok permainan kedua-dua pasukan tersebut.... Sekalung tahniah buat pasukan Malaysia yang berjaya memberikan tentangan hebat kepada pasukan Man Utd....
Berikut merupakan aksi-aksi semasa perlawanan M'sia vs Man Utd....














