hantaran pertunangan 26 jun 2009

Salam kepada sume.....

Tanggal 26 Jun 2009.... telah berlangsungnya suatu upacara pertunangan antara
saya (MM Firdaus) dengan Noor Syakirah Zakaria.....

ucapacara yang diadakan secara sederhana ini telah diadakan di rumah ZN Syakirah selepad
selesai menunaikan solat Jumaat.....
Walaupun majlis ini diadakan secara sederhana tetapi ia tetap meriah.... dan mengikut seperti yang dirancangkan....

Buat ZN Syakirah, ketiadaan MM Firdaus pada majlis tersebut tidak mendjadi halangan untuk majlis tersebut dijalankan..... ini kerana, MM Firdaus berada di luar lokasi.... hehehe
coz xdapat nak balik time tue..... (tiket flight mahal).... ;-)
tapi sesetengah orang kata..... kalau bertunang..... lelaki x ikut pun xpa....... just kira macam adat larr..... hehehe..... tapi.. klu dapat ikut time tue lagi bagus.... hehehe....

per2 pun... ucapan jutaan terima kasih MM Firdaus kepada Maksu, Paksu, Anak2 (akak hidayah, adik, abby n atikah) serta rombongan meminang yang telah banyak memberikan pertolongan/bantuan bagi menjayakan majlis pertunangan tempoh hari...... jasa anda semua
tidak MM Firdaus lupakan..... sori.... coz tetiba jer nak wat persedia hantaran ke majlis nie dalam masa yang begitu singkat.... rasa nya, ini di luar jangkaan untuk bagi sumer pihak......

kepada ummi n abah.... wai nak ucapakan terima kasih banyak2 coz support wai tuk wat majlis pertunangan ini.... xper.... kali ini kita terpaksa guna kan orang tengah untuk setel kan majlis itu.... dan yang penting sumer dah selamat dilaksanakan.... wai minta maaf banyak2 ngan umi n abah tuk kali nie..... wai terpaksa berkeras untuk jalankan juga majlis pertunangan pada masa yang wai tetapkan sendiri... walaupun pada ketika itu kita sume satu family dilanda dugaan.... bukan yang pentingkan diri sendiri.... tapi nie adalah
peluang yang wai ada pada ketika itu... I'm very2 sory Ummi n Abah.. dan InsyaAllah... untuk majlis pernikahan wai n Irah nanti.... wai akan turut sume kehendak semua orang.... supaya semua berpuas hati pada masa tue....

bagi keluarga Zakaria n Na'aimah... Firdaus mintak maaf coz xdapat hadir pada majlis pertunangan tersebut.... dan Firdaus mewakili Ummi n Abah, mohon jutaan kemaafan kerana hanya mampu untuk menghatar wakil sahaja pada hari pertunangan itu.... dan InsyaAllah.... di lain waktu.... sume nyer akan bertemu juga nanti....

buat ZN Syakirah (tunang ku yang di sayangi)...... thanks a lot.... coz sanggup bertungkus lumus buat persediaan untuk majlis pertunangan kita..... abg tau sume tue bukan mudah untuk beberapa hari saja...... sanggup kehulu kehilir semata2 untuk siapkan sumer barang2 hantaran dan wat persedian..... walaupun ringkas... ia amat bermakna bagi kita..... dan InsyaAllah..... kesusahan yang kita lalui hari ini...
akan menjadi kesenangan untuk kita di masa akan datang..... Amiinn....

dibawah merupakan beberapa barang hantaran yang telah diberikan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan.... daripada pihak lelaki... bertemakan warna hijau..... sebanyak 5 hantaran telah di berikan kepada pihak perempuan......




barang2 hantaran tersebut adalah seperti..... cincin pertunangan, sepasang kain baju, kain telekung (kain sembahyang), tuala dan buah-buahan....



gambar di atas merupakan cincin pertunagan MM Firdaus dan ZN Syakirah....
sekali lagi.... terima ksiah banyak2 kepada semua yang terlibat di dalam majlis pertunangan tersebut...... jumpa di majlis pernikahan nanti yaaa... hehehe

p/s: nanti kalau ada pic2 yang lain di majlis pertunangan.. saya update balik k.....

Sabtu, 11 Julai 2009

0 Comments: